Ucapan Penghargaan dan terima kasih

Salam sejahtera dengan kesempatan ini melalui laman Blog ini inign saya mengucapkan terima kasih diatas kesudiaan kepada semua pengguna yang telah melayari laman blog saya untuk mendapatkan secara ringkas mengenai info yang terdapat dalam laman blog saya.

FIKIR-FIKIRKAN LAH

Semalam adalah sejarah
Hari ini adalah realiti
Esok adalah Misteri

ADAKAH ANDA PUAS HATI DENGAN BLOG SAYA

Isnin, 25 Januari 2010

KEUNIKAN MUZIUM PEKAN



Pekan bandar diraja, Sinonim dengan nama dan tempat mesti ramai yang mengetahui bandar pekan merupakan bandar lama kesultanan melayu pahang yang masih terpelihara dengan keunikan dan bahan pra sejarah yang masih terpelihara. Dengan itu segala bahan artifak peningglan sejarah yang telah di simpan di Muzium pekan yang terletak bersebelahan dengan makam di raja dan hampir 60 kilometer dari bandar kuantan. Maka dengan itu untuk menjadikan bandar di raja pekan menjadi daya tarikan pelancong. Jabatan muzium sedang menaik taraf kemudahan dan infrakstruktur bangunan dan kawasan sekitar muzium supaya para pengunjung dapat merasai keselesaan dan menjadikan ianya lebih menarik untuk di lawati

KEINDAHAN TASIK KENYIR



Tasik kenyir merupakan tasik yang terbesar di Malaysia ianya adalah tasik buatan manusia yang direka khas untuk menjana bekalan elektrik di semenanjung malaysia. Tasik kenyir terletak di daerah hulu terengganu bersempadan dengan taman negara.Keunikan tasik kenyir bukan sekadar pada bentuk muka buminya sahaja.malahan terdapat pelbagai jenis tumbuhan dan haiwan yang terlindung dari segala ancaman kepupusan dan kemusnahan hutan. selain dari itu juga terdapat pulau-pulau kecil dan air terjun yang bersih untuk pelancong merasai ketenangan serta bunyi air terjun yang amat menarik untuk dikunjungi. Dengan ekosistem semulajadi yang terpelihara terdapat banyak pelbagai jenis sepicis ikan air tawar yang di lindungi contohnya seperti ikan kelah, sebarau,lampam,toman,haruan,dan tapah. Pihak pengurusan tasik kenyir juga telah banyak menyediakan tempat penginapan yang selesa untuk para pelancong dari dalam dan luar negara menginap di hotel bertaraf 4 bintang dan shaclet pada harga yang berpatutan. Selain dari itu bagi pelancong yang ingin merasai bersiar-siar sambil menunggang dan memberi gajah jinak makan boleh pergi ke pusat sentorie gajah.